‘Kepelbagaian’ merupakan perkataan utama apabila kita memperbincangkan
tradisi makanan Malaysia yang dikenal dengan serumpun Melayu. Dari segi
sejarah, kaum Melayu mempunyai elemen-elemen dan usul asal dari Sumatra,
Jawa, Sulawesi, Thailand, India, China dan juga Polenisia. Dengan
pengaruh negara tersebut tidak heran jika masakan Melayu menyajikan
sedikit sebanyak kualitas kuliner dari negara-negara tersebut.
Penduduk utama Malaysia terdiri dari 3 etnis pendatang yakni Melayu, Cina dan India, dengan sejumlah kelompok etnis lain yang hidup bersama dan berinter-aksi dalam suatu keharmonisan. Sebagai hasil dari migrasi sejarah dan keuntungan geografis, gaya kuliner Malaysia adalah campuran masakan dari etnik pendatang itu untuk beberapa jenis.
Di wilayah Selangor, kaum Melayu dahulu kala merupakan pendatang dari Bugis Sulawesi dan kaum Melayu Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau Sumatra. Di wilayah utara: Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Perlis dipengaruhi oleh pendatang dari Aceh, Bugis dan Thailand (Siam). Pada abad ke 16, kaum Aceh mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Mahkota Alam atau Iskandar Muda. Beliau juga dikatakan mempunyai pengaruh besar terhadap negeri Pahang, Kedah dan Perak. Sedangkan wilayah Kelantan, Kedah dan sebagian wilayah Terengganu dipengaruhi oleh Thailand (Siam).
Di wilayah selatan Malaysia, yakni Johor dipengaruhi oleh pendatang dari Jawa dan Bugis. Pada tahun 1639, di dalam perjanjian antara Johor dan Belanda, kerajaan Johor setuju untuk membantu menakluki Negeri Melaka dengan pertolongan pahlawan Bugis bernama Daeng Prani. Sebagai balasan terima kasih Daeng Prani dilantik sebagai Yam Tuan Muda Johor.
Sedangkan di wilayah Melaka banyak dipengaruhi perkembangan sejarah kaum etnik Cina yang telah ada sejak abad ke-15. Bermula dari lawatan admiral China Yin Ching dan Cheng Ho yang singgah di Melaka dalam perjalanan ke Barat. Admiral Cheng membawa memperkenalkan adat kebiasaan, budaya, kuliner kaum Cina ke Melaka. Sultan Mahmud tertarik dengan kebudayaan Cina itu, lebih-lebih mengetahui mereka telah lama mengamalkan ajaran Islam. Perkawinan di antara Sultan Mahmud dan Puteri Hang Li Poh memper-erat tali pertalian dua budaya ini. Namun Malaysia hanya dapat menyaksikan pengaruh (tradisi, budaya dan masakan) dari China ini pada abad ke-18, khusus sewaktu tenaga kerja dari China dibawa masuk untuk bekerja di pertambangan dengan membawa bersama budaya tradisi dan nilai etika kerja.
Kaum etnik India menapak kaki di Malaysia 2,000 tahun yang lalu. Mereka merupakan pedagang dan pada abad ke-10 terdapat beberapa keturunan India bermukim di pinggiran pantai Melaka. Ketika dijajah oleh Kerajaan Inggris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di perkebunan karet yang seterusnya menetap di Malaysia. Di daerah Tujung, Melaka, terdapat keturunan kaum Chitty yang berasal dari Kalinga (selatan timur India). Akibat menikah dengan penduduk tempatan, kaum Chitty memperkenalkan nilai, tradisi dan budaya mereka dari India. Bagi kaum wanita Chitty, mereka tidak memakai sari seperti wanita India. Mereka memakai kebaya panjang atau kebaya pendek. Bagi kaum lelakinya apabila menghadiri pesta adat istiadat dan keagamaan, mereka mengenakan pakaian dhoti bukan sarong yang dipakai oleh kaum India yang lain.
Budaya makanan orang Melayu dengan pelbagai lauk pauk-nya tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Nasi merupakan makanan utama bagi orang Malaysia. Beras juga merupakan nadi budaya kehidupan dan adat bagi penduduk Asia. Di Malaysia padi menjadi tanaman utama di Kedah dan Perlis yang dikenal sebagai ‘rice bowl of Malaysia’. Nasi dihidangkan dengan pelbagai lauk-pauk dan ulam ulaman. Bahan yang digunakan dalam masakan Melayu berkisar kepada santan, sambal dan belacan. Hidangan orang Melayu dikatakan mampu menghangatkan suasana di meja makan. Hidangan Melayu terkenal bukan saja dari keenakan tetapi dari segi kepedasan dan juga penggunaan rempahnya.
Santan merupakan bahan dasar dalam masakan Melayu yang digunakan dalam segala jenis gulai atau yang terkait. Bahan perasa (seasonings) dalam masakan Melayu di bagi dalam dua jenis, yakni: rempah basah dan rempah kering. Rempah basah adalah bahan yang ditumbuk dengan batu lesung: bawang, halia, bawang putih dan cabai. Rempah kering pula termasuk biji ketumbar, jintan, buah pelaga, kayu manis dan lain-lain. Rempah ratus ini selalu di sangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sebelum ditumbuk atau dikisar. Orang Melayu juga banyak menggunakan bahan-bahan herba seperti serai, daun pandan, daun limau purut, daun kemangi, bunga kantan, kunyit, lengkuas dan buah pala.
Nasi lemak merupakan makanan kebangsaan Malaysia yang bukan saja menjadi hidangan kegemaran orang Melayu tetapi turut di pelopori oleh kaum Cina dan India. Nasi lemak dahulu dihidangkan untuk sarapan pagi tetapi pada masa kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Hidangan nasi lemak turut diiringi dengan beberapa lauk sampingan seperti : kari ayam, rendang (ayam dan daging), sambal (sotong kering atau ikan bilis), ayam goreng dan paru goreng.
Selain nasi lemak , di saat hari lebaran atau kenduri, nasi tomato beserta lauk pauknya selalu dihidangkan bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecel dan lain-lain. Bagi orang Melayu pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) adalah wajib menghidangkan pelbagai menu seperti nasi dagang, nasi berlauk, nasi minyak, ayam percik dan lain-lain. Di negeri Perak makanan favorit mereka adalah rendang tok dan gulai ikan sembilang tempoyak. Gulai lemak cabai padi (ayam, ikan dan daging) juga dipelopori oleh masyarakat Negeri Sembilan. Selain lauk pauk terdapat juga makanan ringan; laksa Penang, laksa Johor, mie Siam dan lain-lain.
Manisan yang merupakan kegemaran masyarakat Melayu adalah jenis bubur yang berbahan dari beras, beras pulut dan ubi. Bubur pulut hitam, bubur kacang, pengat pisang dan bubur cacar (kandungan keladi, keledek dan tepung gunting) merupakan manisan yang sangat populer. Contohnya kue seri muka (di bawah pulut dan di atas kastad pandan) pulut panggang (pulut berisi serunding kelapa atau ikan) bengkang ubi, talam keladi, cucur badak, kue lapis dan sagu gula Melaka. Manisan tradisional lainnya bagi masyarakat Melayu adalah dodol, wajek, kue koci, bahulu dan onde-onde. Kue tradisional ini kerap dihidangkan saat bulan Ramadhan dan Hari Raya. Minuman ringan orang Melayu adalah air sirap bandung, sirap selaseh, air kelapa, teh tarik dan air kopi kampung.
Disamping nasi lemak dan nasi tomat, ada nasi kandar dari Pulau Pinang yang mirip dengan nasi dagang dari Kelantan atau Terengganu. Popularitas nasi kandar ini sampai juga ke negeri-negeri lain di Semenanjung Melalyu karena kelazimannya selalu dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain.
Sebagai negara kosmopolitan, Malaysia juga mempunyai potpuri budaya yang agak unik dan khas. Etnik pendatang Melayu, Cina dan India Cina berhasil menyatukan pelbagai kuliner ke dalam hidangan Malaysia sebagai aktivitas kebangsaan. Kaum Cina, India dan Melayu di Malaysia saling bahu membahu berkreasi masakan-masakan baru dengan menggabungkan tradisi budaya masing-masing menjadi kuliner hidangan Malaysia (seperti: nasi ayam, mie mamak, mie kari dan lain-lain). Walau demikian, setiap kaum etnik pendatang ini masih mempunyai budaya makanan mereka tersendiri.
Bisa dikatakan masyarakat Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi tradisi dan kebanggaan mereka yang dilahirkan dari hasil toleransi dan kerjasama masyarakat etnik pedatang termasuk budaya serta adat-istiadat dari pelbagai etnik itu yang mudah diaplikasikan diantara mereka.
Sumber dan referensi:
- Wikipedia
- "Pembudayaan Makanan Malaysia", Prof. Madya Norani Sidek, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor
- Blog Siti Rohaya Binti Yosof