1. Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan
makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang
sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan.
2. Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masmg-masing.
3. Anak gadis diwajibkan menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
4. Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan terlebih dahulu, kemudian barulah dlikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan membiarkan orang yang lebih tua mengambil makanan setelah orang muda.
5. Ketika makan sebaiknya ambil makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan mengambil makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita hendak makanan itu. Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, boleh menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, disarankan siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
6. Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya senduk tidak kotor. Pastikan sendok, piring atau mangkuk tidak berbunyi ketika menyenduk.
7. Ketika makan pula jangan berbicara. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika berbicara pun pastikan tidak menimbulkan hal yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
8. Jangan makan berbunyi, contohnya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
9. Ketika orang lain sedang makan jangan menghembus ingus, berdahak atau berludah.
10. Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah sebatas mengenyangkan perut saja.
11. Jika duluan selesai makan jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Sebaiknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
12. Jika mau mengemas meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika itu dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.
13. Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah karena mungkin dia telah memasak makanan yang cukup hanya untuk keluarganya. Waktu maghrib adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu sendirian. Oleh itu, sebaiknya datang selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini bukan hanya sebagai pelajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan sesuatu yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak jaman dahulu kala.